Bahasa Arab-Parsi

Sejarah Awal Bahasa Arab-Parsiđź“š


Peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu telah berlaku sejak berabad yang lalu iaitu dengan kedatangan para perantau Islam dan bahasa Arab ke Kepualauan Melayu menyebabkan perkataan Arab diserap ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman ini turut mempengaruhi corak hidup dan undang-undang masyarakat.
Manakala bahasa Parsi juga dibawa oleh masyarakat Parsi ke Kepualauan Melayu menyebabkan ratusan perkataan Parsi dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu. Misalnya, Wilkinson (1901), menyenaraikan sebanayak 140 perkataan Parsi diserap ke dalam bahasa Melayu. 
Imbuhan awalan bagi pinjaman bahasa Parsi hanya ada satu sahaja iaitu imbuhan bi-. Imbuhan ini bermakna tidak serta digunakan untuk menerbitkan kata adjektif.

Tangkap layar di atas dipetik daripada laman Aplikasi X dengan menggunakan imbuhan pinjaman bi-. Ejaan di atas ialah bi-adab dengan tanda sepang ditengah-tengah. Ejaan yang tepat dan sepatutnya ialah biadab yang dieja secara rapat yang membawa makna tidak beradab.




Imbuhan  akhiran -iah digunakan untuk membentuk kata adjektif yang bermaksud sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar.
Pembentukan perkataan menggunakan imbuhan akhiran -iah mestilah dieja secara rapat tanpa ada sepang (-) ditengah-tengahnya. Berdasarkan muka depan majalah dan hantaran yang dimuat naik di atas, perkataan ejaan yang digunakan ialah islamiyyah dan islamiyah yang menunjukkan kesalahan. Ejaan yang betul diakhiri dengan-iah iaitu islamiah.




Imbuhan akhiran -ah yang berasal daripada bahasa Arab akan digunakan untuk membezakan 
kata nama lelaki dan perempuan. Bagi imbuhan -ah, imbuhan ini merujuk kepada perempuan.

Ejaan oleh penulis di atas merupakan ejaan yang salah dari segi imbuhannya. Perkataan dasar ialah qari dan diakhiri dengan imbuhan -ah ( qari + ah ). Ejaan yang sepatutnya ialah qariah tanpa huruf y sebelum imbuhan tersebut.

Berdasarkan kesalahan yang dilakukan di atas, kata dasar bagi kesalahan tersebut ialah munafik yang berakhir dengan huruf k. Namun, kesilapan yang dilakukan ialah menukarkan huruf k kepala huruf q kerana ejaan yang betul ialah munafikin ( munafik + in = munafikin ).

Comments