KESALAHAN KATA DALAM IMBUHAN PINJAMAN BAHASA ASING
ISU KESALAHAN KATA
IMBUHAN PINJAMAN ASING
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat terkenal dengan pelbagai pinjaman daripada bahasa asing yang mula berkembang sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka apabila setiap orang dari pelosok dunia datang ke selat Melaka untuk berdagang. Setiap perkataan dan imbuhan asing ini telah diserap dan disesuaikan ke dalam Bahasa Melayu yang masih lagi relevan untuk digunakan sehingga hari ini. Namun, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu dalam aspek imbuhan dan kata pinjaman yang ada.
Terdapat tiga imbuhan bahasa asing yang telah diserap dalam bahasa Melayu :
Kesalahan-kesalahan ini sering dijumpai dalam beberapa bentuk media yang boleh diakses dengan mudah iaitu media cetak dan media elektronik.
Media Elektronik
Media elektronik adalah segala bentuk Dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat atau pesanan. Perkataan media berasal dari bahasa Latin, iaitu medium yang bermaksud 'perantara' atau 'pengantar'. Menurut Arief S. Sadiman (2012), media merupakan alat yang digunakan untuk menyampaikan pesan daripada pemberi kepada peneriman. Dari perspektif yang berbeza, media merupakan alat yang digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai platform elektronik yang digunakan oleh hampir seluruh penduduk dunia yang lebih dikenali sebagai media social seperti Facebook, Instagram, X, dan Tiktok. Selain itu, salurun-saluran Latin seperti televisyen, radio dan komputer riba juga diklasifikasikan sebagai media cetak.
Media Cetak
Media cetak merupakan media yang sangat popular serta telah digunakan sejak dahulu lagi. Contohnya ialah akhbar, majalah, rencana dan buku. Akhbar ditakrifkan sebagai surat Khabar harian, bulletin berkala dan makalah yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat serta penerbitannya meresntasi semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang masyarakat (Asmah Haji Omar, 2007). Manakala menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, akhbar didefinisikan sebagai apa-apa hasil Penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian atau ulasan yang menarik orang ramai.
Comments
Post a Comment