Bahasa Yunani-Latin-Inggeris
Bahasa Melayu telah melalui penyerapan perkataan daripada bahasa asing sejak dahulu lagi. Perkataan pinjaman serta imbuhan bahasa Inggeris banyak ditemui dalam bidang sains dan teknologi.
Imbuhan awalan pro- membawa erti memihak, bersetuju atau menyebelahi sesuatu pihak ( Azirah Hashim,2018). Imbuhan ini merupakan bentuk yang produktif dan digunakan dalam membentuk peristilahan ( Nik Safiah Karim, 2015 ).
Imbuhan anti- pula berlawanan dengan pro- kerana anti- bermakna melawan, menentang atau membantah sesuatu pihak atau perkara ( Ahmad M.S, Saleh N.M, 2021).
Kesalahan kata yang dilakukan berdasarkan contohnya di atas ialah anti-penjajah dan anti-Asing yang diletakkan tanda sepang selepas imbuhan anti-. Ejaan yang sebenar Dan betul ialah antipenjajah dan antiasing yang dieja dengan rapat tanpa ada tanda sepang (-) .
Imbuhan awalan sub- memberi maksud sebahagian daripada keseluruhan (Nik Safiah Karim et.al., 2015).
Berdasarkan contoh di atas, ejaan bagi pembentukan kata menggunakan imbuhan sub- ialah 'sub topik' dan 'sub bidang' yang dieja dengan jarak. Seharusnya, ejaan yang betul ialah perkataan yang dieja secara rapat iaitu subtopik dan subbidang.
Comments
Post a Comment