Bahasa Sanskrit

 Sejarah Awal Bahasa Sanskrit 📚

Bahasa Sanskrit merupakan Bahasa yang terkenal di Utara India serta antara bahasa tertua di dunia (Deshpande,2007). Di India, bahasa Sanskrit dituturkan oleh golongan bangsawan, cendiakawan dan bahasa ini tidak mudah dikuasai oleh masyarakat umum (Ismail,1992). Walaupun bahasa Melayu dan bahasa Sanskrit tidak berada dalam keluarga bahasa yang sama, namun perbendaharaan Melayu terdapat banyak dalam perkataan Sanskrit. Pertembungan bahasa Melayu dengan Sanskrit telah berlaku pada abad ke-7 Masihi, iaitu ketika Alam Melayu berada dalam pemerintahan kerajaan Srivijaya (Zaharani et al, 2011). Menurun Ismail (1992), sebelum datangnya agama Islam, masyarakat di Alam Melayu menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha yang dibawa oleh ahli pelayaran dan perniagaan.


Imbuhan tata- dalam pinjaman bahasa Sanskrit digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama. 
Tata- membawa erti suatu susunan atau peraturan (Ismail A. B. & Daud A. M., 2019) 
Berdasarkan tangkap latar di atas, pembentukan perkataan daripada imbuhan tata- iaitu 'tata kelola' dan 'tata tertib' dieja secara jarak antara dua perkataan tersebut. Seharusnya selepas imbuhan tata- , pembentukan perkataan tersebut akan dieja dengan rapat seperti 'tatakelola' dan 'tatatertib' .




Imbuhan pinjaman maha- berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama. Maha- bermaksud paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Imbuhan ini digunakan untuk memberikan penghargaan atau menunjukkan keagungan sesuatu perkara.
Berdasarkan dua tangkap layar di atas, ayat yang dimuat naik menggunakan imbuhan pinjaman maha- , namun perkataan adjektif selepas perkataan maha- itu dieja menggunakan huruf besar. Sepatutnya, huruf pertama bagi kata adjektif itu dieja menggunakan huruf yang kecil seperti 'Maha suci' dan 'Maha besar'.




Imbuhan pra merupakan imbuhan awalan yang produktif Dan digunakan untuk menerbitkan kata nama. Imbuhan pinjaman pra- membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.

Berdasarkan tangkap layar bagi keratan akhbar dan hantaran yang dimuat naik, terdapat satu perkataan yang menggunakan imbuhan awalan pra-. Perkataan pra sekolah dieja secara jarak namun ejaan yang tepat ialah prasekolah yang dieja dengan rapat untuk membentuk kata nama.




Imbuhan pasca- Membawa makna sesudah dan imbuhan ini menerbitkan kata nama.
Tangkap layar di atas diambil daripada Aplikasi X. Berdasarkan rajah di atas, perkataan pasca merdeka dieja secara jarak antara perkataan pasca dan merdeka. Ejaan yang betul ialah pascamerdeka yang dieja dengan rapat tanpa ada jarak antara dua perkataan tersebut.

Comments